Hooligan for ever
Bruno Mars dan Aku
"Ah, mamat ni lagi" ~ sekali lagi keluhan dalam hati member2 yg baca entri ini. Sejarah permulaan telinga aku meminati Bruno Mars pada sekitar hujung bulan 5 2010, ligat sangat lagu Nothin' On You di keroncong radio, suara dia yang buatkan aku berteka-teki hampir setiap hari walhal hidup tengah busy menyiapkan projek akhir untuk Diploma Show. Mati-mati ingat ingat lagu itu di rap oleh Kanye West tapi berkata dalam hati, "apekehe pondan lak aku rasa Kanye West rap lagu sejiwangs itu". Tapi aku tak maksudkan B.O.B pondanlah, dia pun aku minat doe. Cuma hidup tak keruan jugalah waktu nak tahu siapakan pelontar suara seksi part corus NOY. Balik KL semata-mata nak setelkan projek final ni, sempat gaklah tgk skjp2 MTV kat rmh, yosh dpt gak tgk video NOY, wah B.O.B, oo suara seksi itu namanya Bruno Mars dongggg. MV dia toksah katalah unsur2 stop motion mmg kegemaran gua, tapi lagi lama aku tgk si Bruno Mars, aku rasa B.O.B lg kacak drp dia. *Tutup tv dan terus melupakan Bruno Mars, sbb beranggapan dia tidak kacak, pendek dan blablabla. Gila kan aku? Mula2 tak suka, tapi entah kenapa bila segala hazab dah habis berkaitan Diploma Show, aku ternampak di Facebook, ada seorg kwn post single pertama Bruno Mars, Just The Way You Are. Terus aku layan lagu itu dan beranggapan, 'apekehe pondan aku rasa lirik lagu ni". Aku mgkn masih mengalami sindrom lagu2 90's shj dan sukar menerima genre lagu sepondan Bruno Mars. Bak kata pepatah aku mmg dah lama x dgr lagu cinta seindah macam tu maklumlah org xde BF..... hamek kau. *mencik2. BRUNO MARS, lagi lama aku menatap nama itu di Youtube, seperti pernah tertgk video dia lah waktu zaman sekolah, sumpah ya aku seperti pernah terdengar suara dia di YT. *ACECEH skrg baru nk ngaku pernah perasan2 kan~
p/s: pls I NEED AIR duh!
p/s: pls I NEED AIR duh!
Perjalanan aku untuk meminati Bruno Mars mmg penuh drama yang agak merapu, jadi aku buat research sajolah pasal dia, ok research plg cacing lah confirm2 kat Wikipedia kan chuolls. Sekali aku click, WAYAUWAAAA.
Mamat ni autobiografi de dah penuh mengalahkan artis2 top yang baru nak naik. WHO ARE YOU BRUNO MARS??!!!!! Sebabkan tak puas hati terus aku search nama dia di YT dan pang pang pang rasanya penampar terasa dalam hati sebabkan mengejinya sebelum ini. Nak tahu video apa yang terus buatkan aku meminati dia?
Guess what, it was this video peopleeeeeeee..... aku ternganga waktu dia cover lagu fav zmn kanak2 ak.
Bruno Mars - Michael Jackson Tribute at Zanzibar
Dan seterusnya bermula satu perasaan yang berputik sepantas kilat, Yes Bruno Mars, kau dgn aku. miaow. Begitulah drama yang berlaku dan berlanjutan sehingga kini walaupun sudah kelihatan aku dah boleh terima artis2 lelaki lain tetapi bagi aku Bruno Mars tetap di hatiku lagi. Pengembaraan minat pd dia berlanjutan sehinggalah dapat tgk konsert dia secara live, segala live dia dan setiap kali World Premier MV terbaru mmg aku tunggu. Terpahat gelaran Hooligans untuk fan-based bawah Bruno Mars sgt membanggakan. Terima kasih Bruno Mars, bagi aku kau tidak sempurna tetapi kau telah banyak membantu aku melalui muzik kau di kala kebosanan dalam hidup aku pada tahap jingga pada suatu ketika dahulu. Terima kasih sebab beri peluang untuk seorang gadis seperti aku merasakan cinta itu suatu perkara yang sangat indah tetapi tidak mengapa berangan psl kau pun sudah cukup memadai buat masa sekarang. Hahaha aku sedang gelakkan untuk diri sendiri tapi tidak mengapa sebab aku tidak gila. Ok lah Bruno Mars, aku tetap menunggu album ke-2 kau. Pls buat hasil yang terbaik dan jangan terlalu taksub dengan lirik lagu yang 'membunuh diri' sahaja, aku sangat rindukan lagu cinta bahagia yang kau mampu buat seperti sebelum ini. So begitulah kisahnya. Dah dah tutup jelah entri ni. Gelak ah gelak ah. XD
Tidak ada komentar:
Posting Komentar